Friday, 23 December 2011

Android tu apa !!

fening pening Chacha orang nak sangat beli hp Android. Mulanya Chacha ingat Android ni brand hp terbaru. Rupanya Android ni adalah sistem operasi 'Operating System or OS' untuk telefon selular yang berbasiskan Linux. Paham? Sure tak paham... search lagi.. search lagi.. Kasi paham.

Penjelasan OS ...
Ehem..ehem.. Kasi terang apa itu OS. Operating System ini adalah satu program yang berada dalam gadget atau mana-mana device berfungsi sebagai perantara untuk software dan hardware. Contoh Windows XP, Windows Vista dan Windows 7 ini dipanggil OS. Paham sikit kan. Let say, anda nak buat assignment menggunakan Microsoft Office Word, dah siap taip semua dan save. Anda nak mencetak document anda, so di situ OS bertindak menyampaikan arahan dari Microsoft Office Word(software) kepada printer(hardware). Kita takan nampak arahan itu kerana ia adalah operasi kod dalam software itu  bukan macam kita borak gan kawan bagi arahan pape BUKAN macam tu...jangan banyak tanya okay. Cukup tahu itu je.

Salasilah Android ... 
Jadi, maksud sebenar Android adalah OS untuk gadget atau peranti(device) yang bergerak(portable) atau telefon selular, notebook dan tablet. Android dibangunkan oleh Android.Inc pada mulanya menggunakan perisian Linux dan GNU namun sekarang sudah dibeli oleh Google. Menarik ! :)
Kemudian 'Open Handset Alliance' telah di bentuk untuk mengembang OS Android ini. Antaranya termasuk HTC,Motorola,Samsung,Nividia dan macam-macam lagi. Android dah jadi top sebab banyak aplikasi 'application' anggaran sebanyak 70,000.. Wohoo !

Watch discovery Channel..hehehe

Senang kata macam ni la...Android biasanya untuk hp (PDA) terkini seperti HTC, Motorola, Samsung... Blackberry pulak guna OS dia tersendiri iaitu Blackberry OS 5/6, dan iPhone pulak guna Mac OS iaitu iOS. Nokia, Sony Ericsson guna dulu tu dipanggil Symbian. Okay itu saja. Anda nak tahu banyak sila ke laman ini SUMBER


No comments:

Post a Comment