Friday 23 December 2011

Android tu apa !!

fening pening Chacha orang nak sangat beli hp Android. Mulanya Chacha ingat Android ni brand hp terbaru. Rupanya Android ni adalah sistem operasi 'Operating System or OS' untuk telefon selular yang berbasiskan Linux. Paham? Sure tak paham... search lagi.. search lagi.. Kasi paham.

Penjelasan OS ...
Ehem..ehem.. Kasi terang apa itu OS. Operating System ini adalah satu program yang berada dalam gadget atau mana-mana device berfungsi sebagai perantara untuk software dan hardware. Contoh Windows XP, Windows Vista dan Windows 7 ini dipanggil OS. Paham sikit kan. Let say, anda nak buat assignment menggunakan Microsoft Office Word, dah siap taip semua dan save. Anda nak mencetak document anda, so di situ OS bertindak menyampaikan arahan dari Microsoft Office Word(software) kepada printer(hardware). Kita takan nampak arahan itu kerana ia adalah operasi kod dalam software itu  bukan macam kita borak gan kawan bagi arahan pape BUKAN macam tu...jangan banyak tanya okay. Cukup tahu itu je.

Salasilah Android ... 
Jadi, maksud sebenar Android adalah OS untuk gadget atau peranti(device) yang bergerak(portable) atau telefon selular, notebook dan tablet. Android dibangunkan oleh Android.Inc pada mulanya menggunakan perisian Linux dan GNU namun sekarang sudah dibeli oleh Google. Menarik ! :)
Kemudian 'Open Handset Alliance' telah di bentuk untuk mengembang OS Android ini. Antaranya termasuk HTC,Motorola,Samsung,Nividia dan macam-macam lagi. Android dah jadi top sebab banyak aplikasi 'application' anggaran sebanyak 70,000.. Wohoo !

Watch discovery Channel..hehehe

Senang kata macam ni la...Android biasanya untuk hp (PDA) terkini seperti HTC, Motorola, Samsung... Blackberry pulak guna OS dia tersendiri iaitu Blackberry OS 5/6, dan iPhone pulak guna Mac OS iaitu iOS. Nokia, Sony Ericsson guna dulu tu dipanggil Symbian. Okay itu saja. Anda nak tahu banyak sila ke laman ini SUMBER


Tuesday 20 December 2011

Tuala wanita perlu dicuci ?

Dah mengadap laptop, Chacha terfikir untuk mencari sumber-sumber yang mengatakan perlu ke perempuan mencuci tuala wanita atau dikenali 'pad' nih? Adakah salah kalau tak cuci tuala wanita kita? Haaa.. Let's begin...

Apa itu Haid ?

Haid juga dikenali sebagai menstruasi 'menstruation'. Apabila haid berlaku, anda akan mengalami pendarahan dari faraj. Setiap kitaran haid adalah selama 3-7hari. Tempoh untuk kitaran haid seterusnya pula dalam anggaran 21-28hari. Setiap gadis akan mengalaminya setiap bulan sehingga dia mengalami putus haid ataupun dikenali menopos 'menopause', kecuali semasa mengandung. Kadang kala ada gadis mengalami haid yang agak lewat atau tidak teratur berpunca pada gangguan emosi dan tekanan hidup.

Tuala Wanita perlu dicuci ? 


cute cute je ahaha 

Yap ! Semestinya kena cucilah. Tuala wanita yang dipenuhi oleh darah haid itu perlulah dibasuh kerana ia adalah najis. Kalau kita tak basuh, syaitan akan memakannya dan kita akan dapat dosa. Darah itu adalah makanan syaitan dan darah itu aurat kita. Kalau tak basuh dan buang macam tu je kedalam sanitary, makcik- makcik yang kutip tu nampak darah kita, kita juga berdosa. Sebaiknya kita cuci, islam itu indah, jadi muslimah pun kena indah.

OPPSS ! Ada juga sumber mengatakan tuala wanita pakai buang ni tidak perlu dicuci kerana tuala wanita zaman sekarang boleh dilupuskan dengan cara dibungkus dengan baik dan dibuang ke dalam tong khas disediakan 'sanitary'. Yang penting, dipelihara supaya tidak digonggong oleh binatang lain atau terbuka di khalayak ramai. Bahkan kalau tuala wanita itu dibasuh bimbang nanti darah meleleh ditempat lain. Mereka yang berpendapat perlu dicuci bersih dulu merujuk pada jenis tuala wanita dulu yang dipakai semula. Islam tidak menggariskan bagaimana untuk menguruskan tuala wanita.

Confusing ....
Hmm saya pun kurang pasti dalam hal ni, tapi bagi Chacha, memang elok untuk kita cuci darah tu sebab kalau kita tak cuci, orang pun anggap kita ni pengotor main buang je darah sendiri dalam sanitary. Dan darah haid bila ditinggal lama, ia akan berbau hanyir. So, terpulanglah pada cara masing-masing untuk menguruskannya macam mana asalkan tidak memudaratkan kesihatan,kebersihan dan sebagainya. Waallahu'alam..

Okok, perlu buat research lagi untuk dapatkan maklumat pada yang pakar :) okay.